Sekiranya anda memerlukan pandangan dan nasihat berkaitan perkhidmatan digital, anda boleh mendapatkan di sini. Alhamdulillah, Digicto telah berjaya membantu beberapa pihak untuk menyediakan perkhidmatan berkait web seperti komunikasi emel, pelantar e-commerce dan penyediaan laman web korporat.
Kami boleh membantu anda melalui pembangunan laman web e-commerce untuk membolehkan anda melaksanakan jualan secara atas talian di platform anda sendiri. Kami menyediakan perkhidmatan coaching e-commerce menggunakan aplikasi woocommerce dan wordpress. Dengan bayaran bulanan yang berpatutan, anda boleh memiliki aplikasi ecommererce yang ditetapkan (tuned) dengan pelayan yang kukuh (SSD high performance Virtual Servers).
Digicto akan membantu membuat persediaan server, pemasangan aplikasi WooCommerce anda memasukkan sample produk untuk membolehkan anda memuat naik barangan untuk dijual. Digicto akan membantu anda mengkonfigurasi gerbang pembayaran seperti Toyyibpay, SenangPay atau iPay88 dan sebagainya untuk membolehkan pelanggan anda membuat bayaran terus kepada anda.
Tidak tahu dimana nak bermula? Digicto akan membantu menjawab persoalan anda dan membuka langkah pertama untuk perniagaan online anda. Hubungi kami dengan segera.