Digicto.com merupakan sebuah perniagaan yang menyediakan perkhidmatan web kepada pengguna di Malaysia. Kami meletakkan penumpuan kepada pembangunan pengalaman pelanggan bagi web hosting dan juga application hosting yang dibangunkan oleh Digicto sama ada secara in-house atau menggunakan aplikasi pasang siap oleh pembangun yang lain.
Bagaimana Digicto boleh membantu ada?
Digicto menawarkan 3 bentuk perkhidmatan iaitu web hosting secara DIY, keahlian aplikasi web (web application subscriptin/membership) dan business degitalization assistance untuk pembangunan digital bagi perniagaan di Malaysia.
Saya ingin mempunyai laman web. Bagaimana Digicto boleh membantu saya?
Persoalan di sini, adakah anda mempunyai pengetahuan asas berkenaan web termasuk pengurusan domain, pengurusan akaun hosting di CPanel dan pengurusan aplikasi content seperti WordPress dan sebagainya. Sekiranya anda mempunyai pengetahuan ini, anda boleh terus melanggan perkhidmatan kami melalui antaramuka yang disediakan termasuk mendaftar domain .com atau .net, dan memilih sama ada ingin mempunyai web hosting linux atau windows, atau memilih Virtual Private Server anda sendiri.
Saya tidak mempunyai pengetahuan berkenaan web tapi memerlukan perkhidmatan ini untuk perniagaan. Boleh bantu?
Ya, anda boleh berhubung dengan kami melalui emel [email protected] atau boleh tinggalkan mesej di Facebook.com https://fb.com/digicto. Kami akan membantu anda untuk memulakan langkah dalam dunia digital bagi perusahaan atau perniagaan anda.
Adakah Digicto berdaftar?
Ya, kami merupakan perniagaan berdaftar di Malaysia.
Bagaimanakah bayaran untuk pembelian di digicto.com?
Buat masa ini kami menggunakan ToyyibPay untuk pembelian dan pembayaran melalui laman wweb. Untuk konsultasi perniagaan, kami menyediakan ruang bayaran Use First Pay Later berdasarkan kelayakan.