This is terms and conditions for Sedapnya.my For Merchants / Peniaga


1. Setiap peniaga boleh mendaftar untuk menggunakan Sedapnya.my untuk tujuan penjualan.

2. Peniaga hendaklah menyempurnakan pesanan yang diterima daripada pengguna. Peniaga yang gagal menyempurnakan pesanan akan ditamatkan penyertaan di Sedapnya.my

3. Peniaga hendaklah hanya menjual makanan yang halal sahaja. Peniaga bertanggungjawab memastikan makanan yang disediakan menepati piawaian makanan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

4. Peniaga hendaklah mempunyai peniagaan yang berdaftar dengan pihak berkuasa

5. Setiap pendaftaran akan diberikan satu URL pointer dalam bentuk http://outletname.sedapnya.my yang merupakan pointer "royalty free" dan boleh digunakan untuk tujuan promosi kedai online peniaga. Walau bagaimanapun, peniaga dinasihatkan menggunakan Nama Perniagaan yang didaftarkan dan dimiliki oleh Peniaga sendiri (trade-mark) dan sekiranya pihak admin Sedapnya.my menerima bantahan daripada mana-mana pemegang tanda niaga, URL pointer peniaga boleh dibatalkan dan digantikan dengan URL Pointer lain yang bersesuaian pada hemat admin Sedapnya.my

6. URL pointer adalah hak milik mutlak Sedapnya.my dan boleh ditarik balik, dibatalkan atau diserah hak kepada pihak lain, tanpa perlu mendapat persetujuan daripada peniaga.

7. Setiap peniaga perlu mengemukakan satu pengesahan pendaftaran perniagaan dengan pihak berkuasa bersama salinan kad pengenalan pemilik perniagaan (dipalang), dalam tempoh 30 hari daripada tarikh pendaftaran. Sekiranya gagal, akaun peniaga akan dibatalkan.

8. Peniaga hendaklah memastikan barangan dijual wujud dalam milikan peniaga dan sekiranya tempoh penghantaran mengambil masa yang panjang, sila nyatakan dengan jelas dalam maklumat barangan/informasi kedai online peniaga.

9. Barang yang dijual hendaklah mematuhi peraturan dan undang-undang Kerajaan Malaysia. Pihak Sedapya.my tidak bertanggungjawab sekiranya pelanggaran undang-undang berlaku dan sekiranya dikehendaki oleh pihak berkuasa, maklumat pendaftaran peniaga bersama Sedapnya.my akan dikemukakan kepada pihak berkenaan.

10. Pihak Sedapnya tidak bertanggungjawab ke atas kerugian yang dialami oleh Peniaga melalui penggunaan sistem Sedapnya.my dan Peniaga bertanggungjawab secara penuh pengurusan kedai online peniaga. 

Subscribe to our newsletter