Berikut adalah soalan yang sering diutarakan oleh peniaga tentang perkhidmatan Sedapnya.my


1. Apakah kelebihan menyertai sedapnya.my sebagai peniaga?

Sekiranya anda mengusahakan perusahaan makanan, daripada peniaga kerepek, groceries, sehingga ke restauran ternama, sedapnya boleh memenuhi keperluan anda untuk menyediakan perkhidmatan mengambil tempahan secara online. Sedapnya adalah sebuah marketplace bagi jualan makanan dengan target demensi bagi Malaysia. Sedapnya.my menghimpun peniaga dalam satu aplikasi berasaskan web dan mobile. Pengguna boleh mencari anda melalui aplikasi yang dimuat turun di telefon pintar mereka.

2. Berapakah kos untuk menyertai?

Kos penyelenggaraan tahunan adalah RM200.00, tidak dikenakan kepada peniaga yang berdaftar sehingga 31 Disember 2018. Walau bagaimanapun, Sedapnya akan mengambil komisyen sebanyak RM0.50 bagi setiap order yang disahkan diterima (status = accepted) oleh peniaga. 

Peniaga akan dibil jumlah komisyen untuk setiap 30 hari, peniaga perlu menjelaskan bayaran kepada sedapnya.my dalam tempoh 14 hari daripada tarikh invoice. Sekiranya gagal, akaun peniaga akan dibatal. 

Bayaran RM200.00 untuk tahun kedua akan dikecualikan sekiranya jumlah komisyen yang dibayar untuk tahun semasa melebihi RM200.00. Sekiranya kurang, peniaga hanya perlu membayar beza jumlah kutipan komisyen dan yuran tahunan. Sebagai contoh, sekiranya jumlah komisyen yang dikutip untuk tahun berkenaan adalah RM30.00, peniaga perlu membayar kos penyelenggaraan berjumlah RM170.00 sahaja.

3. Siapakah yang boleh menyertai Sedapnya.my?

Peniaga yang berminat untuk menyertai sedapnya.my boleh mendaftar dengan syarat mempunyai perniagaan berdaftar dengan pihak berkuasa. Dalam ertikata lain, perniagaan peniaga hendaklah berdaftar dengan SSM di Malaysia.

4. Adakah setiap order yang diterima daripada pengguna akan dikenakan komisyen oleh Sedapnya?

Tidak. Setiap order yang diletakkan oleh pengguna akan diletakkan status "pending" oleh Sedapnya.my. Sebaik sahaja peniaga bersetuju menerima order pengguna dan menukar status kepada "accepted", barulah bayaran komisyen akan dikenakan atas order pengguna.

5. Bagaimanakah cara menerima bayaran daripada pengguna?

Peniaga boleh menerima bayaran melalui Paypal atau bayaran ketika pembayaran samada melalui cash atau kredit kad (fasiliti disediakan oleh peniaga sendiri). Buat masa ini, Sedapnya sedang dalam usaha untuk menyediakan platform bayaran daripada online banking untuk kemudahan pengguna.

6. Bagaimana untuk berhubung dengan customer support?

Buat masa ini, peniaga disokong melalui aplikasi Whatsapp untuk tujuan bantuan dan sokongan. 

7. Bagaimana sekiranya pengguna membatalkan tempahan?

Pengguna boleh membatalkan tempahan sekiranya peniaga masih belum menukar status order kepada "accepted". Walau bagaimanapun, pengguna yang membatalkan tempahan sebanyak 2 kali akan digantung aksesnya selama 14 hari atau lebih.

8. Bagaimana pengesahan identiti pengguna dibuat?

Sedapnya menyediakan pengesahan nombor telefon dengan menghantar satu kod pendaftaran ke telefon bimbit yang didaftarkan ketika pendaftaran. Langkah ini bertujuan untuk memastikan pengguna menggunakan nombor telefon yang unik untuk mengurangkan risiko kekhilafan identiti.

9. Bagaimana sekiranya peniaga tidak dapat memenuhi tempahan?

Peniaga dinasihatkan untuk membuat pengemaskinian status dalam tempoh 1 jam daripada waktu tempahan sama ada untuk menerima tempahan atau menolak tempahan pengguna. Sekiranya peniaga yang telah menukar status order kepada "acccepted" tetapi gagal menyediakan tempahan dan menyerahkan dalam tempoh yang dipersetujui, peniaga akan boleh dibatalkan penyertaan dengan Sedapnya dan disenaraihitamkan, sekiranya diadu oleh pengguna dan selepas pihak Sedapnya menyiasat. Keputusan Sedapnya.my kepada peniaga adalah muktamad.

10. Bagaimanakah cara untuk membayar komisyen kepada Sedapnya.my?

Peniaga akan diberikan nombor akaun bank pengendali sedapnya.my. Status bayaran peniaga akan dikemaskini. Sila email maklumat bayaran/resit kepada [email protected] bagi tujuan rekod.

Subscribe to our newsletter